![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhYIUnL8c2DqAdjuL9Sp-FL9DnT03rbf5h-FoTgwGFYG-JAZzqPgV0HH74uReR-keqx2hxinNLmAtgddHOniqj4uTceUR4xJuz3HlYXzXoCP1n_ygLlZTuj6ym5lc7Ujl1VHR9DHM0yTiQ/s1600/assalamualaikum.png
)
Serangan
jantung adalah merupakan punca utama yang menyebabkan kematian terutamanya
kepada lelaki. Kita perlu mengetahui apakah faktor yang mendorong seseorang
menghidapi penyakit jantung. Ia mungkin dapat mengurangkan risiko daripada anda
terdedah kepadanya. Mungkin selama ini apa yang kita amalkan di dalam kehidupan
seharian tanpa disedari adalah punca untuk menghidap penyakit ini.
Antara
faktor yang menjadi punca penyakit jantung adalah kesesakan. Mungkin sebelum
ini kita tidak tahu bahawa kesesakan adalah punca untuk seseorang menghidapi
penyakit jantung. Ia menyumbang sebanyak 8% daripada orang yang menghidap
penyakit ini. Sekiranya kita selalu terdedah kepada kesesakan, cuba mencari
jalan untuk mengelakkannya dengan cara menghirup udara segar selepas waktu
bekerja.
Selain itu, faktor penyakit jantung ialah
senaman dilakukan secara mendadak. Senaman sememangnya adalah satu perkara yang
baik untuk kesihatan. Tetapi, sekiranya ia dilakukan secara mendadak, ia akan
meningkatkan risiko untuk kita menghidap penyakit jantung. Hasil daripada
kajian juga menunjukkan bahawa senaman yang dilakukan secara mendadak
menyumbang sebanyak 6% terhadap punca penyakit ini. Mungkin ia disebabkan ramai
yang masih tidak tahu mengenainya. Lakukan senaman secara berperingkat dan
teratur.
Seterusnya pencemaran
udara turut menyumbang kepada faktor penyakit jantung. Udara yang tercemar juga
mampu menjadi punca untuk seseorang menghidap penyakit jantung. Walaupun ia
adalah suatu perkara yang sukar untuk dikawal, tetapi kita boleh mencuba untuk
mengelakkannya dengan mengurangkan aktiviti ke tempat-tempat yang pencemarannya
agak tinggi seperti dibandar-bandar dan sebagainya.
Akhir sekali
punca penyakit jantung ialah emosi yang kerap terganggu. Ketidakstabilan emosi
seseorang juga boleh menjadi punca terhadap penyakit jantung. Hasil kajian juga
menunjukkan bahawa orang yang keadaan emosinya negatif menyumbang sebanyak
lebih daripada 7% terhadap penyakit ini. Emosi yang tidak stabil akan
meningkatkan kadar pengeluaran hormon adrenalin, kadar degupan jantung, dan
kelekitan sel darah merah dan jika kesemunya digabungkan, ia akan menjadi punca
penyakit jantung.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai
faktor yang dapat menyumbang kepada penyakit jantung. Oleh itu, semua
masyarakat seharusnya lebih berhati-hati dalam kehidupan seharian mereka untuk
mengelakkan diri dari menjadi mangsa penyakit jantung.
Assalamualaikom,esei yang dipostkan baik dan memuaskan.
ReplyDeleteterima kasih cikgu..
Deletesyok giler
ReplyDeleteterima kasih yee, sangat membantu.
ReplyDelete