Saturday, 9 June 2012

BADAN PERUNDANGAN



 
 
 
PENGENALAN
  • Parlimen berasal daripada perkataan perancis iaitu ‘parlement’ yang bermaksud tempat bercakap.
  • Parlimen Malaysia berbentuk bikameral iaitu berdiri daripada dwidewan (Dewan rakyat & Dewan Negara)
  • Parlimen merupakan tempat wakil rakyat membincangkan dan membahaskan tentang sesuatu isu, bersoal jawab tentang perkara-perkara yang berkaitan dasar kerajaan, belajawan dan rang undang-undang
  • Anggota parlimen boleh boleh membahaskan pemindaan undang-undang mengikut perkembangan sosioekonomi dan politik semua negeri.
  •   Mengawal dan membincangkan bajet negara serta membenarkan Badan Perundangan Negeri membuat undang-undang negeri.
  •   Prosiding di parlimen tidak boleh dopersoalkan atau didakwa di mana-mana mahkamah di bawah Akta Hasutan (1948) dan Ordinan Darurat 1970.
 
YANG DI-PERTUA AGONG (YDPA)
  •   Memanggil Parlimen untuk bermesyuarat dari semasa ke semasa, boleh memberhentikan dan membubarkan Parlimen.
  • Memulakan titah ucapan baginda dan merasmikan Majlis Parlimen (Perkara 60) tetapi baginda tidak ikut serta semasa persidangan Parlimen berlangsung.
  •   Berkuasa melantik ahli Dewan Negara yang berjasa kepada negara.
  • Melantik Setiausaha Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
  •   Berkuasa membatalkan kehilangan kelayakan ahli Parlimen.
  •   Boleh menangguh rang undang-undang yang digubal selama 30 hari.
  • Berkuasa memperkenan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

DEWAN NEGARA

KEAHLIAN
  •  70 orang ahli yang dilantik iaitu :
  • ·         40 orang yang dilantik oleh YDPA yang terdiri daripada warganegara yang berjasa kepada negara.
  • ·         2 orang wakil dari Kuala Lumpur
  • ·         Seorang dari Labuan dan seorang dari Putrajaya
  • ·         26 orang lagi ialah 2 orang wakil dari setiap negeri
  • Setiap ahli akan memegang jawatan ini selama 1 penggal (3 tahun) dan boleh dipilih bagi satu penggal lagi.
  • Ahli dikenali SENATOR
KRITERIA ANGGOTA
  •   Mestilah berumur melebihi 30 tahun.
  • Warganegara Malaysia, waras fikiran, tidak memegang jawatan berpendapatan, tidak muflis, tiada rekod jenayah dan tidak pernah didenda RM 2000 atau lebih oleh mana-mana mahkamah.
  • Mestilah telah membuat jasa dan cemerlang dalam perkhidmatan awam.
  •   Pelantikan dan kedudukan ahli tidak tertakluk kepada pembubaran Parlimen.
  •    Ahli boleh dilucutkan jawatan jika tidak menghadiri persidangan Dewan Negara bagi tempoh 6 bulan.
FUNGSI
  •   Boleh menangguh serta meluluskan rang undang-undang perlembagaan dan pindaan akta yang dibuat oleh Dewan Rakyat tapi tidak berkuasa menolak.
  • Tidak boleh menangguhkan rang undang-undang lebih dari setahun dan rang undang-undang kewangan melebihi sebulan.
  • Tidak boleh membuat pindaan jika tidak dipersetujui Dewan Rakyat.
  • Tidak boleh membahaskan idoelogi parti politik.
  •   Boleh melarang ahlinya daripada menghadiri persidangan.
YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA (speaker Dewan Negara)
Budi bicara
  •     Yang di-Pertua Dewan – pengerusi dan jurucakap Dewan Negara.
  • Bertanggungjawab mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan dengan lancar.
  • Menjaga disiplin ahli Dewan Negara.
  • Mempunyai kuasa untuk membuat keputusan mesyuarat jika berlaku perbalahan dan memastikan perbahasan adalah berkaitan perkara yang dibahaskan.
  •  Sekiranya seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri dipilih sebagai Speaker Dewan, maka beliau dikehendaki berhenti daripada menjadi ADUN.
  • Memulakan persidangan apabila Korum Dewan Negara mempunyai 10 orang ahli (tidak termasuk Yang di-Pertua Dewan Negara)
  • Mempunyai kelayakan untuk mengundi sebarang undi termasuk keputusan usul mempunyai kesamaan dalam sokongan dan bantahan ahli dewan.
TIMBALAN YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA
  •   Dua orang timbalan akan dipilih daripada kalangan ahli Dewan Negara.
  • Beliau menjalankan tugas Speaker Dewan Negara jika Speaker tidak dapat menghadiri persidangan atau semasa berlaku kekosongan jawatan.
KEHILANGAN KELAYAKAN
  •     Ahli tidak sempurna akal.
  • Menjadi lembaga pengarah atau lembaga pengurus sesuatu badan atau pertubuhan ( kecuali melakukan kerja kebaikan)
  • Melepaskan jawatan apabila tempoh keahlian di Dewan Negara tamat.
  •  Memegang jawatan dalam kedua-dua Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
  •   Muflis

DEWAN RAKYAT

PENGENALAN
·         Institusi di mana wakil rakyat membincang, membahas dan bersoal jawab tentang kelemahan pentadbiran, cara mengatasi dan cadangan tentang dasar kerajaan.
·         Parti yang memenangi pilihan raya umum dan kerusi majoriti akan membentuk kerajaan.
·         Perdana menteri dipilih daripada pemimpin parti politik yang memenangi paling banyak kerusi dalan Dewan Rakyat.

ANGGOTA DEWAN RAKYAT (DR)
         i.            Seramai 222 ahli dilantik bagi Dewan Rakyat.
        ii.            Berdasarkan Perkara 46 (Pindaan Akta A1095) Dewan Rakyat terdiri daripada 194 orang.
      iii.            Merupakan wakil dari satu kawasan Parlimen
      iv.            Dipilih berdasarkan sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh orang ramai melalui pilihan raya.

KRITERIA
           Ahli Dewan Rakyat merupakan seseorang warganegara yang tinggal di dalam persekutuan.
         Ahli yang dipilih mestila berusia 21 tahun kdan ke atas.
       Mewakili sesuatu parti politik atau calon bebas.
     Tidak mempunyai rekod jenayah.
         Tidak muflis
       Tidak didenda RM2000 atau lebih.
Tidak dipenjarakan dalam tempoh setahun atau lebih.


KEHILANGAN KELAYAKAN AHLI  (PERKARA 48 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN)
         Hilang akal atau tidak sempurna akal,
        Mengalami kebankrapan.
      Memegang jawatan berpendapatan.
      iv.     Ahli tidak menghantar atau menunjukkan apa-apa penyata perbelanjaan pilihan raya yang dikehendaki oleh undang-undang.
        v.  Disabitkan kesalahan oleh mana-mana mahkamah di Persekutuan (atau sebelum Hari Malaysia di Wilayah Sabah dan Sarawak)
      Ahli telah dipenjarakan selama 1 tahun atau lebih.
      Ahli didenda tidak kurang RM2000
    Ahli tidak mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong atau mahkamah.
      Ahli dengan sengaja memperoleh kewarganegaraan di luar Persekutuan.
        Ahli dengan sengaja menggunakan warganegara asing.
      Ahli mengaku kesetiaan kepada negeri di luar persekutuan.
    Ahli yang meletak jawatan.

LARANGAN (PERKARA 49)
Ahli tidak boleh menjadi anggota dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat pada masa yang sama.
Ahli tidak boleh mewakili lebih daripada satu bahagian kawasan pilihan raya.
Tidak boleh mengelakkan diri daripada menghadiri persidangan selama 6 bulan jika tidak mendapat kebenaran daripada Majlis Parlimen.
Tidak boleh menyertai apa jua perkara yang berkaitan Parlimen dekiranya ahli diberi kebenaran tidak perlu hadir persidangan.
 
FUNGSI DEWAN RAKYAT
  Membincangkan usul rang undang-undang yang dikemukan oleh kementerian tertentu.
 Membahaskan belanjwan negara dan member kata putus tentang jumlah peruntukan yang dapat diberikan kepada Kerajaan Negeri.
Meneliti semula rang undang-undang yang ingin dipinda mengikut keadaan semasa


YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT (SPEAKER DEWAN RAKYAT)
BUDI BICARA
          Mempengerusi Dewan Rakyat.
      Mengambil tindakan disiplin terhadap ahli yang tidak mematuhi tatatertib dan peraturan dewan.
      Berperanan untuk menangguhkan persidangan Majlis Parlimen.
      Menerima atau menolak soalan yang dikemukakan oleh ahli dewan.
       Mengambil tindakan dengan melarang ahli menghadiri persidangan
      Membuat keputusan tentang peraturan mesyuarat jika berlaku perbalahan.
     Mengesahkan bil-bil perbelanjaan dan kewangan sebelum bil-bil tersebut dibawa ke dalam Dewan Rakyat.
Memulakan persidangan apabila terdapat korum sebanyak 26 orang
PELANTIKAN (PERKARA 57)
         Dipilih dari semasa ke semasa.
     Disarankan oleh perdana menteri dan dilantik oleh YDPA selepas proses pemilihan undi bersurat.
      Merupakan seorang ahli Dewan Rakyat yang layak.
    2 orang Timbalan Yang di-Pertua Dewan dipilih bersama-sama tetapi mesti ahli Parlimen.
         Persaraan ahli ditanggung oleh Kumpulan Wang Disatukan.
PELANTIKAN DARIPADA BUKAN AHLI DEWAN RAKYAT
         Ahli tersebut perlu mengangkat sumpah dan menjalankan tanggungjawab menjadi ahli tambahan yang dipilih berdasarkan Perkara 46, Perlembagaan Persekutuan.
     Tidak boleh memegang jawatan lain dalam cabinet
    Tidak layak memberi cadangan untuk membuat usul tapi boleh mengundi dalam perbahasan dewan.
   Persaraan ditanggung oleh Kumpulan Wang Disatukan.
PERLETAKAN JAWATAN
Boleh meletak jawatan pada bila-bila masa dengan menulis surat yang ditandatangani kepada Setiausaha Dewan Rakyat.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat atau Speaker Dewan perlu mengosongkan kerusi selepas meletak jawatan.


PROSES PENGGUBALAN RANG UNDANG-UNDANG AWAM
1)       Proses Penggubalan Rang Undang-Undang Awam  (contoh usul Kementerian Pengangkutan)                               
2)       Menteri berkaitan membuat draf dan mengemukakan rang undang-undang dan dihantar ke Jabatan Peguam Negara, berbincang dengan Perbendaharaan dan kementerian berkaitan.
3)       Rang undang-undang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara.
4)      Rang ini diluluskan unruk pemerhatian kabinet dan diusul di Parlimen.
5)       Bacaan Kali PERTAMA – notis pemberitahuan tentang usul kepada Setiausaha Dewan Rakyat & Dewan Negara.
6)      Bacaan Kali KEDUA –  Dibahaskan di Dewan Rakyat oleh parti pembangkang dan wakil rakyat
-    Meneliti kepentingan dan kesan usul kepada rakyat
-    Menteri menjelaskan sebarang persoalan
-    Membuat undian sama ada menerima atau menolak undang-undang oleh Dewan Rakyat
7)       Peringkat jawatankuasa  – meneliti setiap fasa, jadual dan panduan secara terperinci
                                        _ membuat pindaan yang sesuai
8)      Bacaan Kali KETIGA – dibaca di Dewan Rakyat dan Dewan Negara
-    dihantar untuk kelulusan
-    mendapat undian majority untuk diluluskan sebagai akta
9)      Diperkenan oleh YDPA  - dalam tempoh 30 hari
-    jika tidak diperkenan, rang undang-undang akan diluluskan kemudian
10)    Warta kerajaan – dicatatkan sebagai rang undang-undang sah dan dipamerkan di bangunan Parlimen.
-    Dinyatakan tarikh oenguatkuasaan untuk diamalkan.

 
PROSES PERUNDANGAN DI PARLIMEN
 
 
 
 
FUNGSI DUN
-    Berfungsi seperti Dewan Rakyat dan Dewan Negara di Persekutuan.
-    DUN adalah tempat di mana wakil negeri bersidang, berbincang, merancang dan berdebat tentang rancangan, pelaksanaan dasar dan pembangunan negara.
-    Meluluskan dan menolak sebarang rang undang-undang atau melakukan pindaan.
-    Menjaga kedaulatan perlembagaan dan hak berpelembagaan negeri dan rakyat.
-    Memberi khidmat kepada Kerajaan Eksekutif dan menjadi tempat tumpuan bagi memeriksa dan mengkritik dasar-dasar dan pelaksanaan rancangan-rancangan kerajaan.
-    Jumlah ahli DUN berbeza mengikut negeri.

Keistimewaan dun
ü  Sebarang prosiding DUN tidak dibicarakan di mahkamah.
ü  Di negeri Sabah dan Sarawak DUN mempunyai kuasa tambahan seperti penyelidikan pertanian, perhutanan, khairat, royalty dan cukai jualan (senarai bersama) dan adat anak negeri, pengeluaran lesen judi, imigresen dan Mahkamah Bumiputera.

Ahli dun (adun)
§  ADUN ialah anggota Dewan Undangan Negeri yang dipilih melalui pilihan raya.
§  Memegang jawatan selama 5 tahun, kecuali jika DUN dibubarkan lebih awal dari tempoh tersebut oleh Yang di –Pertua Negeri atau raja.
§  Bilangan ADUN yang dipilih adalah berbeza mengikut perlembagaan negeri masing-masing.

Criteria pemilihan adun
Ø  Warganegara dan pemastautin negeri berkenaan.
Ø  Mesti berumur tidak kurang daripada 21 tahun.
Ø  Tidak memegang jawatan berpendapatan
Ø  Tidak muflis
Ø  Tidak gila atau berpenyakit

Fungsi adun
·         Bertanggungjawab secara kolektif terhadap DUN semasa perbahasan terhadap usul diraja, usul tidak percaya dan perbahasan terhadap dasar-dasar am kerajaan.
·         Mewakili rakyat untuk menyuarakan pendapat dan berbincang secara terbuka melalui keistimewaan berparlimen.
·         Mempertimbangkan jenis dan kebaikan perundangan yang dibawa kepada DUN serta mencadangkan sebarang pindaan yang bersesuaian.
·         Memeriksa akaun awam untuk memastikan wang awam dibelanja mengikut kelulusan Parlimen dan mengikut kepentingan pembayar cukai.
·         Melindungi dan mempertingkatkan kepentingan yang terbaik untuk rakyat dan negeri dengan membangkitkan isu-isu tertentu dan mengurangkan rungutan semasa prosiding DUN.
·         Melantik Jawatankuasa Pilihan Sementara untuk tujuan siasatan sesuatu masalah berbangkit melalui melalui perbicaraan awam dan laporan-laporan.

Hubungan parlimen dengan dun sabah dan Sarawak
*  Kebanyakan undang-undang di negeri Sabah dan Sarawak melibatkan tanah.
*Parlimen tidak boleh meluluskan sebarang undang-undang tentang tanah dan Kerajaan Tempatan tanpa persetujuan Badan Perundangan negeri Sabah dan Sarawak.
* Jumlah royalti dan cukai jualan tambahan boleh ditentukan oleh Kerajaan Negeri.
*Kerajaan Negeri boleh mengeluarkan lesen perjudian, hak warganegaraan kepada penduduk asing dan kawalan imigresen.
*Badan Perundangan Negeri boleh menggubal undang-undang tentang rancangan pembangunan khas bagi memajukan kawasan pedalaman.

Persidangan dun
         i.            Raja atau Yang di-Pertuan Negeri mengadakan persidangan dalam tempoh 120 hari selepas pilihan raya.
        ii.            Agenda yang ditekankan dalam persidangan pertama:
·         Sultan/Yang di-Pertuan Negeri member titah ucapan pertama dan ucapan terima kasih.
·         Menentukan program ADUN dan angkat sumpah.
·         Melantik speaker dan timbalannya sama ada daripada kalangan ahli dewan atau luar dewan.
·         Merancang dan menentukan takwin 5 tahun.
·         Persidangan bermula.
      iii.            Jarak mengadakan persidangan seterusnya ialah dalam jangka masa 6 bulan.
      iv.            Dalam 1 tahun perlu diadakan 2 atau 3 kali persidangan.

Proses penggubalan undang-undang di dun
1.Jabatan Penasihat Undang-undang Negeri atau Jawatankuasa Penggubal menyediakan Draf Rang Undang-undang (enakmen)
2.  Rang undang-undang tersebut dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk disahkan (tidak lebih 14 hari)
3.   Draf diwartakan oleh Penasihat Undang-undang Negeri (selewat-lewatnya 14 hari sebelum dibentangkan di DUN)
4. Bacaan Pertama – perkara yang terkandung dalam enakmen.
5.   Bacaan Kedua – rang undang-undang dibahas.
-    Undi dibuat bagi menunjukkan sokongan atau tentangan terhadap fasal yang dikemukakan.
6.   Peringkat Jawatankuasa – membahaskan, meminda mencadang dan membatalkan perkara tertentu dalam enakmen
7.        Bacaan Ketiga – perkara dalam enakmen diluluskan jika majoriti ahli DUN menyokongnya
8.   Dipersembahkan kepada sultan atau Yang di-Pertuan Negeri dan diperkenan dalam tempoh 30 hari.
9.  Enakmen yang diluluskan akan diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri dan dikuatkuasakan. Di Sabah dan Sarawak dikenali ORDINAN.
 

6 comments:

  1. mohon menggunakan bahan sebagai rujukan Pengajian Malaysia

    ReplyDelete
  2. Mohon juga menggunakan bahan sebagai rujukan pengajian malaysia

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas maklumat tersebut. Ia sangat membantu 🤗

    ReplyDelete