Thursday, 19 April 2012

Tenaga suria





Tenaga suria merupakan sumber tenaga yang sangat penting. Permukaan suria mempunyai suhu setinggi 6000 ̊c dan boleh meleburkan semua jenis logam. Tenaga dari cahaya suria dihasilkan daripada tindakbalas dalam teras suria yang sangat panas dan berada pada tekanan yang tinggi.

     Tenaga suria boleh digunakan kepada alat pemanas air. Alat pemanas air terdiri daripada gegelung tiub logam yang dihitamkan dan didedahkan kepada tenaga suria. Air yang akan mengalir di dalam gegelung tiub akan menjadi panas dan dialirkan ke tangki penyimpanan. Air tersebut boleh digunakan untuk mandi dan mencuci pakaian. Selain itu, cermin berbentuk parabola juga boleh mengumpul sinaran suria kepada satu kawasan fokus. Tenaga yang dikumpulkan akan menukarkan air menjadi wap. Kemudian dialirkan ke penjana kuasa untuk menukar haba kepada tenaga elektrik.

     Tenaga suria mempunayai banyak kebaikan, antaranya tidak mencemarkan alam sekitar. Tenaga suria tidak akan mencemarkan udara seperti tenaga daripada minyak dan arang batu. Tenaga suria boleh digolongkan sebagai satu tenaga bersih. Selain itu, tenaga suria tidak akan kehabisan kerana tenaga ini merupakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Kos bagi menghasilkan tenaga suria juga lebih murah jika dibandingkan dengan penjanaan hidroelektrik. Di samping itu kosnya hanya sekali sahaja jika dibandingkan dengan arang batu, minyak dan gas asli. Tenaga suria selamat digunakan oleh manusia jika dibandingkan dengan tenaga daripada minyak, gas asli, dan nuklear yang boleh membahayakan manusia.

     Masalah yang dihadapi jika menggunakan sistem suria ialah peralatan yang mahal. Penukaran tenaga daripada suria kepada tenaga lain memerlukan peralatan yang canggih dan mahal. Penukaran tenaga yang kurang juga menjadi masalah jika menggunakan sistem suria. Hal ini disebabkan sinaran suria yang terpancar ke suatu kawasan seluas satu meter persegi di Asia hanya mampu menyalakan dua lampu sahaja. Selain itu penggunaan yang masih kurang dan tidak menguntungkan. Secara umumnya, penggunaan tenaga suria ini masih kurang di negara kita, malah ada yang tidak mengetahui tentang tenaga suria. Walaupun tenaga suria percuma namun tenaga ini kurang memberi pulangan kerana tenaga yang dihasilkan kurang jika dibandingkan tenaga yang dihasilkan daripada minyak dan arang batu.

     Kesimpulannya, tenaga suria sesuai bagi negara kita yang mempunyai musim panas sepanjang tahun. Tenaga suria perlu diterokai untuk mengurangkan pergantungan kepada sumber minyak dan arang batu yang banyak mendatangkan pencemaran kepada alam sekitar.

1 comment:

  1. kami sekeluarga ingin mengucapkan
    puji syukur kepada AKY SANTORO
    atas nomor togel.nya yang AKY
    berikan 4 angkah alhamdulillah
    ternyata itu benar2 tembus
    dan alhamdulillah sekarang saya
    bisa melunasi semua utan2 saya yang
    ada sama tetangga dan bukan hanya
    itu AKY. insya
    allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
    kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKY SANTORO
    sekali lagi makasih banyak ya AKY bagi saudara yang ingin di bantu melalui jalan di bawa ini
    >TOGEL JITU
    >PESUGIHAN UANG GAIB
    >PESUGIHAN JIN KHODAM
    >PESUGIHAN ASMA
    >PESUGIHAN UANG SEPASANG
    >PESUGIHAN TUYUL| PELARIS USAHA
    >PESUGIHAN UANG BALIK
    yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKY SANTORO,,di
    0852-1320-2855, atau KLIK DI SINI dan saya sudah membuktikan sekarang giliran saudara yg di luarsana

    ReplyDelete