SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN KAMUNTING
TAJUK
: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PARA PELAJAR TINGKATAN 6 MENUKAR ALIRAN DARI ALIRAN SAINS KE
ALIRAN KEMANUSIAAN.
OLEH
: 1) IKMAL FIKRI BIN YAHYA
2)
IZZATUL NADHIRAH BINTI AZIZAN
3)
HAZAMI BINTI HJ. IBRAHIM
4)
NESHALENEE A/P KARTHIGESU
5)MOHD
FITRI BIN RATHUAN
GURU
PENYELIA : ENCIK ABDUL RAHIM BIN ABDULLAH
PENGHARGAAN
Terlebih
dahulu kami ingin memanjatkan kesyukuran kepada Illahi kerana telah
mengurniakan kami kesihatan yang baik sepanjang menyiapkan tugasan kolokium
sessi 2012 kali ini .
Di samping
itu juga kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih
kepada Tuan Pengetua Kanan Smk Kamunting iaitu Tn Hj Harithuddin b. Satari
kerana memberi kebenaran kepada kami untuk menjalankan kajian di luar waktu
persekolahan .
Kami juga
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru penyelia kami iaitu Encik
Abdul Rahim b. Abdullah yang sentiasa membantu ,memberi tunjuk ajar dan
bimbingan serta nasihat dalam menyempurnakan kajian ini .
Tidak lupa
juga kepada ibu bapa kami yang banyak membantu ,tidak kira dari segi sokongan
moral mahupun sumber kewangan yang diberikan .Tambahan lagi sentiasa memberi
tindak balas dalam setiap perkara yang kami lakukan .
Ucapan
terima kasih juga kami tujukan kepada rakan -rakan yang sudi menjadi pihak
respoden kami dalam menyempurkan kajian metadologi ini .Selain itu kami
berterima kasih kerana sudi berkongsi sedikit sebanyak tentang maklumat kajian
kami.
BAB 1
PENGENALAN
1.0 PENGENALAN
Senario masyarakat pada masa kini yang lebih suka
anak-anak mereka masuk ke universiti atau kolej berbanding ke Tingkatan Enam
sememangnya realiti. Selain itu, segolongan besar dalam kalangan masyarakat
kita beranggapan kelas Tingkatan Enam hanya membuang masa dan berisiko.
Justeru, secara langsung menjadikan Tingkatan Enam merupakan tempat atau
pilihan terakhir untuk pelajar lepasan SPM melanjutkan pelajaran mereka.
Pelajar-pelajar terutamanya pelajar Melayu didapati terkejar-kejar untuk
mengikuti program matrikulasi dan universiti berbanding Tingkatan Enam. Selain
itu kebanyakan pelajar cepat “tergoda” dengan label “kolej” dan “universiti”
dan gelaran seorang mahasiswa berbanding gelaran pelajar.
Namun demikian secara rasionalnya tanggapan dari
segelintir besar masyarakat ini adalah salah. Hal ini kerana lulusan Tingkatan
Enam merupakan salah satu tiket utama untuk menyambung pelajaran ke IPTA.
Kenyataan ini disokong melalui pengumuman Kementerian Pendidikan baru-baru ini
yang menambah tempat bagi lulusan STPM iaitu 32752 kepada 36500 tempat bagi
lepasan STPM sesi akademik. Sebenarnya Tingkatan Enam telah wujud sebelum
program matrikulasi,justeru ia mempunyai kekuatannya sendiri sejak dahulu lagi,
malah STPM memainkan peranan yang amat penting dalam melahirkan modal insan
yang berkualiti dari segi akademik,kokurikulum dan cemerlang dari segi
kepimpinan. Tegasnya nama bukanlah perkara penting dalam memberi pendidikan
kepada generasi muda tetapi peluang untuk menambah ilmu itu lebih utama.
Secara keseluruhannya Tingkatan Enam sejak dahulu
sehingga sekarang masih relevan sebagai tempat pengajian kerana menyediakan
banyak ruang dan peluang untuk pelajar melangkah lebih jauh dalam sistem
pendidikan di negara ini. Walau bagaimanapun memang tidak dinafikan pelbagai
cabaran yang terpaksa di hadapi oleh pelajar lepasan SPM yang melangkah masuk
ke Tingkatan Enam. Namun di sebalik cabaran itu terdapat peluang yang perlu
diraih oleh para pelajar Tingkatan Enam dalam sistem pendidikan.Tingkatan Enam
sebenarnya katalisator dalam usaha ke IPTA serta penting dan mesti dijadikan
saluran perdana ke IPTA serta mendapat jaminan yang telah ditawarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Namun, ada juga yang tidak enak didengar mengenai
pelajar-pelajar Tingkatan Enam contohnya bertukar bidang. Kes ini lazimnya melibatkan
para pelajar aliran sains. Mereka ditawarkan ke aliran sains memandangkan
keputusan mereka yang agak baik serta layak untuk ditawarkan ke aliran sains.
Walau bagaimanapun sejarah lampau barangkali banyak menghantui mereka. Bukan
mudah berada di Tingkatan Enam aliran sains. Jika diimbas kembali pengwujudan
pusat matrikulasi serta asasi sains, fenomena ini ada asasnya. Justeru, ramai
daripada kalangan mereka akan bertukar ke bidang kemanusiaan.
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mencari
faktor-faktor yang menyebabkan para pelajar Tingkatan Enam gemar menukar aliran
apabila masuk ke Tingkatan Enam. Terdapat beberapa faktor yang di kenalpasti
iaitu, faktor persekitaran, faktor pengalaman lalu, faktor minat dan lain-lain
lagi. Oleh itu, melalui kajian ini kami dapat mengenalpasti faktor utama yang
mendorong pelajar Tinkatan Enam menukar aliran sains kepada aliran kemanusiaan.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_di_Malaysia
1.1 DEFINISI KONSEP
Secara khususnya konsep “Tingkatan Enam” dinamakan program
prauniversiti STPM yang ditubuhkan dalam sistem Sekolah Menengah Kebangsaan.
Pemilihan untuk penawaran bagi Tingkatan Enam adalah berdasarkan kebolehan
sesebuah sekolah iaitu hanya sekolah yang berkebolehan sahaja yang dipilih
untuk menawarkan Tingkatan Enam. Dari segi tempoh, Tingkatan Enam dijalankan
selama setahun setengah yang meliputi 2 peringkat iaitu setengah tahun yang
pertama dikenali sebagai Tingkatan Enam Bawah dan tahun kedua dikenali sebagai
Tingkatan Enam Atas. Status Tingkatan Enam adalah berbeza berbanding pelajar
tingkatan 1 hingga tingkatan 5 iaitu dari aspek pemakaian uniform yang berbeza
dengan pelajar lain. Selain itu, perbezaan juga dapat dilihat dari segi
pemberian jawatan yang tinggi sama ada dalam bidang organisasi atau aktiviti
kokurikulum kepada pelajar tingkatan .
Mata pelajaran yang boleh diambil bagi pelajar
Tingkatan Enam adalah maksimun 5 mata pelajaran. Kertas peperiksaan bagi aliran
Sains seperti Matematik S, Matematik T, Matematik T Lanjutan, Komputer, Fizik,
Kimia dan Biologi ditawarkan dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
sehingga 2007 di mana kertas peperiksaan tersebut ditawarkan dalam Bahasa
Inggeris sepenuhnya kecuali Pengajian Am dan bagi aliran Sains Kemanusiaan
seperti Pengajian Am,Ekonomi,Pegurusan Perniagaan dan yang lain, kertas
peperiksaan masih disediakan dalam Bahasa Melayu atau bahasa masing-masing bagi
mata pelajaran bahasa seperti Bahasa Cina atau Bahasa Tamil. Bagi peperiksaan
STPM, pengambilan sebarang mata pelajaran dibenarkan. Namun demikian mata
pelajaran Pengajian Am adalah wajib untuk pelajar yang memohon universiti
tempatan dan kebiasaaanya kebanyakan sekolah atau kolej menawarkan aliran Sains
atau Kemanusiaan.
Seterusnya, definisi Sijil Tinggi Persekolahan
Malaysia (STPM) atau dalam Bahasa Inggeris Higher School Certificate merupakan
peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh pelajar Malaysia. STPM ini
disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang juga menyediakan
Malaysian University English English Test (MUET). STPM juga merupakan salah
satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan universiti
awam Malaysia dan STPM turut diiktiraf oleh banyak universiti di peringkat
antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanvel dan juga Amerika
Syarikat serta Ireland yang menganggap keputusan STPM sama dengan A-level. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sijil_Tinggi_Persekolahan_Malaysia
1.2 MATLAMAT KAJIAN
Penyelidikan ini bermatlamat untuk mengenal pasti
mengapakah pelajar yang dahulunya kekal di dalam aliran sains tetapi mula
menukar ke aliran kemanusiaan apabila memasuki Tingkatan Enam di Sekolah
Menengah Kebangsaan Kamuntuing. Dahulunya pelajar-pelajar ini merupakan pelajar
aliran sains sewaktu di Tingkatan Empat dan Lima, namun apabila ditawarkan ke Tingkatan
Enam mereka lebih cenderung untuk memilih aliran kemanusiaan sebagai tiket
untuk mereka meneruskan pembelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Melalui kajian yang kami jalankan, kami dapat
mengetahui beberapa faktor yang mengakibatkan pelajar-pelajar Tingakatan Enam
di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting tidak mengambil aliran sains seperti
yang telah diambil di Tingkatan Empat dan Lima.
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif seperti
berikut:
- Mengenal pasti tahap pendidikan
Tingakatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting
- Mengenal pasti bilangan pelajar
Tingkatan Enam yang berdaftar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting
- Mengenal pasti bilangan pelajar
Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting yang dahulunya mengambil aliran sains sewaktu
di tingkatan empat dan lima.
- Mengenal pasti bilangan pelajar
Tingkatan Enam yang melakukan pertukaran aliran sains ke aliran kemanusiaan di
Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting.
- Mengenal pasti faktor yang yang
mendorong pelajar terbabit membuat pertukaran aliran sanis ke aliran
kemanusiaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting.
1.4 PERSOALAN KAJIAN
Sejajar
dengan arus ekonomi Malaysia yang sedang membangun, setiap elemen yang
berkaitan dengan daya penggerak industri hari ini perlu diambil kira terutama
dari aspek kualiti dan komitmen tenaga kerja. Malaysia memerlukan gabungan
tenaga sumber manusia yang mempunyai komitmen tinggi, produktif, progresif,
berdaya saing, cekap dan cergas dalam meneruskan aktiviti bagi mencapai
matlamat untuk mencapai Wawasan 2020.
Oleh sebab itu, kerajaan ingin merealisasikan
matlamat “Dasar 60:40 iaitu 60 peratus pelajar aliran Sains dan 40 peratus
Sastera pada peringkat sekolah dan IPT”. Hal ini bermaksud, kerajaan memerlukan
lebih ramai pelajar di dalam aliran sains. Ini mengakibatkan para pelajar turut
menerima kesan. Seperti yang kita sedia maklum, bukan mudah berada di Tingkatan
Enam dalam aliran aliran sains.
Oleh sebab itu, para pelajar cenderung menukar
aliran sains kepada aliran kemanusiaan yang pada tanggapan mereka aliran ini
lebih mudah berbanding aliran sains. Isu pelajar menukar aliran sains kepada
aliran kemanusiaan kini sudah tidak asing. Malahan, isu ini menjadi isu
globalisasi yang mendorong pihak kerajaan memberi cadangan akan memberi elaun
kepada pelajar yang belajar di dalam aliran sains. Maka, kajian ini dijalankan
untuk mengenalpasti beberapa persoalan dan kemusykilan. Antara persoalan yang
dititikberatkan di dalam kajian ini ialah:
- I.
Mengapakah pelajar Tingkatan Enam diberi
kelonggaran untuk memilih aliran mereka?
- II.
Mengapakah ramai pelajar hilang minat
terhadap aliran sains?
- III.
Apakah yang mendorong mereka melakukan
penukaran aliran?
- IV.
Mengapakah aliran kemanusiaan menjadi
pilihan mereka?
1.4 KEPENTINGAN KAJIAN
Hasil kajian ini dapat digunakan oleh pihak sekolah sebagai panduan yang menyebabkan para pelajar sering menukar
aliran. Panduan ini boleh digunakan untuk menentukan minat para pelajar ke atas
sesuatu aliran yang ditawarkan. Oleh yang demikian, pihak sekolah dapat
merancang lebih awal tentang pemilihan aliran bagi mudah untuk membahagikan
kelas.
Kajian
ini juga amat penting kepada guru-guru hal ini kerana untuk memudahkan mereka
untuk mengajar para pelajar yang
berminat untuk mengambil aliran yang telah ditetapkan. Kajian ini juga boleh
diguna kan sebagai panduan oleh pihak kementerian pendidikan untuk menentukan
pakej-pakej penkhususan bidang atau mata-mata pelajaran tertentu mengikut
aliran.
1.5 BATASAN KAJIAN
Kajian
ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting (SMKK). Lokasi tersebut
dipilih memandangkan SMKK mempunyai pelajar-pelajar Tingkatan 6. Selain
itu,pemilihan SMKK sebagai lokasi juga memudahkan para pengkaji dari segi kos
dan logistik. Kajian ini terbatas kepada aspek yang dikaji dan berpandukan soal
selidik yang disediakan. Ia juga terbatas kepada sampel-sampel yang dipilih
sahaja. Namun, para pengkaji tidak dapat memastikan sejauh manakah keikhlasan
sampel-sampel dalam member respons kepada pernyataan-pernyataan yang
dikemukakan di dalam soal selidik yang digunakan.
Rumusan
Bab 1 ini telah menjelaskan secara menyeluruh latar
belakang penyelidikan. Sementara kaedah penyelidikan di bab 3. Di bab 4 pula
dibentangkan hasil analisis data dan bab 5 berikutnya dikemukakan rumusan
terhadap keseluruhan penyelidikan. Cadangan cadangan untuk memperbaiki mutu
penyelidikan turut dikemukakan dalam bab tersebut.
BAB 3
METODOLOGI
KAJIAN
3.0
METODOLOGI KAJIAN
Pengenalan
Kajian ini bertujuan mengkaji
faktor-faktor yang membawa kepada pertukaran aliran sains kepada aliran
kemanusiaan dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam di Sekolah Menengah
Kebangsaan Kamunting. Bab ini mengemukakan metodologi kajian yang meliputi reka
bentuk kajian, skop dan had kajian, alat kajian, subjek kajian,
prosedur/tatacara kajian dan analisis
data
3.1)Rekabentuk Kajian
Kajian berbentuk tinjauan telah
dilaksanakan dalam kajian ini di mana pengkaji menggunakan
satu set soal selidik
yang dijawab sendiri oleh responden sebagai alat utama bagi mengumpul
maklumat berkaitan
faktor-faktor yang menyebabkan
pelajar-pelajar Tingkatan Enam membuat
penukaran aliran sains ke aliran kemanusiaan. Oleh kerana populasi
kajian adalah seramai 41 orang pelajar tingkatan 6 yang menyertai kajian
ini,maka pengkaji telah memilih kesemua responden dalam kajian ini. Kesemua
responden kajian telah dikenalpasti mempunyai pencapaian akademik iaitu Purata
Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.00 dan ke bawah.
3.2) Skop dan Had Kajian
Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah
Kebangsaan Kamunting (SMKK). Lokasi tersebut dipilih memandangkan SMKK
mempunyai pelajar-pelajar Tingkatan 6. Selain itu,pemilihan SMKK sebagai lokasi
juga memudahkan para pengkaji dari segi kos dan logistik. Kajian ini terbatas
kepada aspek yang dikaji dan berpandukan soal selidik yang disediakan. Ia juga
terbatas kepada sampel-sampel yang dipilih sahaja. Namun, para pengkaji tidak
dapat memastikan sejauh manakah keikhlasan sampel-sampel dalam member respons
kepada pernyataan-pernyataan yang dikemukakan di dalam soal selidik yang digunakan.
3.3) Alat Kajian
Alat kajian yang digunakan untuk kajian
ini ialah soal selidik. Alat ini dibina sendiri oleh para pengkaji berdasarkan
contoh-contoh soal selidik yang pernah digunakan. Pengubahsuaian terhadap contoh-contoh soal
selidik dibuat agar menepati objektif
kajian yang dilakukan.
Soal selidik ini
mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian 1: Maklumat diri pelajar dan Bahagian
2: Faktor yang mendorong pelajar terbabit menukar aliran sains ke aliran
kemanusiaan. Keseluruhan Bahagian 2 mengandungi 7 soalan.
3.4) Subjek Kajian
Seramai 40 orang pelajar tingkatan 6
dijadikan sampel kajian telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Daripada
jumlah ini, seramai 14 orang (34.15%) pelajar lelaki manakala seramai 27 orang
(65.85%) pelajar perempuan. Julat umur pelajar yang terlibat pula adalah antara
19 hingga 21 tahun. Responden terdiri daripada etnik Melayu dan Cina,. Pelajar
yang beragama Islam adalah seramai 40 orang (97.56%), dan 1 orang (2.44%)
beragama Buddha.
3.5) Prosedur Kajian
Satu kaedah pengumpulan
data telah digunakan untuk kajian ini iaitu:
(a) soal selidik. Soal selidik digunakan
sebagai alat untuk mendapatkan data dan seterusnya data yang diperolehi akan
dianalisis.
Kesimpulan
Bab ini telah menjelaskan tentang keseluruhan
kaedah kajian. Lima perkara yang berkaitan dengan kaedah penyelidikan telah
dibentangkan iaitu reka bentuk kajian, skop dan had kajian, alat kajian, subjek
kajian dan prosedur kajian.
BAB 4
DEMOGRAFI
4.0
DEMOGRAFI
4.1 Pengenalan
Bab 4 ini mengandungi dapatan-dapatan
responden terhadap kajian mengenai Faktor Pelajar Menukar Aliran Semasa di
Tingkatan 6. Maklum balas responden
melalui soal selidik dikumpul dan dianalisis.
Secara amnya, hasil analisis dibentang dalam dua bahagian iaitu dapatan
mengenai latar belakang dan faktor terbesar yang menjadi pendorong pelajar
menukar aliran sains ke aliran kemanusiaan.
4.2 Latar Belakang Responden
Responden penyelidikan ini terdiri
daripada 41 orang pelajar Tingkatan 6
Sekolah Menengah
Kebangsaan Kamunting (SMKK). Dapatan-dapatan
tentang latar belakang
responden menunjukkan 34.12% responden adalah pelajar lelaki dan
65.85% adalah pelajar
perempuan. Kesemuanya (100%) terdiri daripada pelajar aliran
kemanusiaan, berbagai
bangsa yang sedang menduduki STPM.
KEPUTUSAN KAJIAN
4.3 Analisis Statistik
Analisis statistik dibuat untuk
menentukan tahap faktor. Analisis adalah berdasarkan respons yang diberi. Mengikut faktor yang telah diberi iaitu ibu
bapa serta pengalaman lalu dan minat. Analisis statistik ditunjukkan :
Faktor
Desakan Ibu Bapa
Jantina
|
Ya
|
Tidak
|
Lelaki
|
3
|
11
|
Perempuan
|
4
|
23
|
Jumlah
|
7
|
34
|
Faktor
Pengalaman Lalu
Jantina
|
Ya
|
Tidak
|
Lelaki
|
2
|
12
|
Perempuan
|
6
|
21
|
Jumlah
|
8
|
33
|
Faktor
Minat Pelajar itu Sendiri
Jantina
|
Ya
|
Tidak
|
Lelaki
|
14
|
0
|
Perempuan
|
26
|
1
|
Jumlah
|
40
|
1
|
4.4 RUMUSAN
Bab 4 ini telah mengemukakan dapatan-dapatan
penyelidikan yang berkaitan dengan responden. Semua dapatan yang dikumpul
secara kuantitatif yang berkaitan dengan persoalan penyelidikan telah
dikemukakan. Rumusan keseluruhan penyelidikan ini akan dibincangkan selanjutnya
dalam bab 5 berikut.
BAB 5
PERBINCAGAN
DAN CADANGAN
5.0
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 PENDAHULUAN
Bab ini akan membincangkan ,merumus
keseluruhan data dan juga maklumat yang
telah dianalisis dan dikaji di dalam bab 4 .Beberapa rumusan dan kesimpulan
turut dikemukan. Tambahan lagi dalam kajian ini turut dibentangkan ialah
implikasi hasil penyelidikan serta cadangan untuk meningkatkan mutu
penyedilikan pada masa depan .
5.2 PERBINCANGAN HASIL
PENYELIDIKAN
Analisis dapatan penyelidikan bertujuan untuk
mengenalpasti faktor yang mendorong para pelajar Sekolah Menengah Kamunting membuat
penukaran daripada aliran sains kepada aliran kemanusiaan . Graf telah
digunakan untuk menetukan faktor yang mendorong para pelajar menukar aliran
.Berdasarkan analisis yang dibuat
,dapatlah dirumuskan bahawa para pelajar tingkatan 6 Sekolah Menengah
Kebangsaan Kamunting lebih meminati aliran kemanusiaan berbanding aliran
sains.Ini jelas dibuktikan melalui jumlah pelajar perempuan dan lelaki yang tinggi berbanding faktor –faktor yang lain.
Berdasarkan rumusan -rumusan tersebut ,secara
amnya didapati bahawa kajian yang dilakukan ini telah berupaya memberi gambaran
tentang faktor-faktor yang mendorong para pelajar menukar aliran. Oleh yang
demikian , para pengkaji berpendapat bahawa penyelidikan ini telah berhasil
memenuhi tujuan penyelidikan yang dijalankan.
5.3 IMPLIKASI
PENYELIDIKAN
Secara amnya ,apa yang
dibentangkan dalam penyelidikan ini mempunyai kesan terhadap penyelidikan
terhadap faktor yang mendorong para pelajar tingkatan 6 menukar aliran sains
kepada aliran kemanusiaan .Oleh itu para pelajar tingkatan 6 haruslah didorong
dan digalakkan untuk menyertai bengkel atau seminar untuk mendapatkan
pendedahan awal mengenai aliran yang perlu dipilih untuk memasuki tingkatan 6
berdasarkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka.
5.4 CADANGAN
PENYELIDIKAN LANJUTAN
Kajian ini mendapati bahawa terdapat beberapa
kelemahan dan batasan yang perlu dibaiki dan dipertingkatkan lagi .Untuk tujuan
tersebut ,beberapa cadangan telah dikemukan untuk membantu meningkatkan mutu serta
keunggulan penyelidikan yang akan datang .Berikut merupakan cadangan-cadangan
tersebut :
i. Bilangan responden ditambah dan skop penyelidikan diperluaskan
supaya dapatan
penyelidikan mempunyai
tahap kesahihan dan kebolehpercayaan yang lebih tinggi serta signifikannya .
ii Penyelidikan ini juga sepatutnya
dijalankan ke atas para pelajar tingkatan 6 di sekolah lain yang mempunyai
aliran yang berbeza seperti aliran sains mahupun aliran agama (STAM) agar
gambaran yang lebih menyeluruh dapat diperolehi .
iii Selain itu juga analisa statistik yang
lebih teperinci dengan menggunakan perisian khusus
seperti perisian
Statistical Package For The Science Sosial atau lebih dikenali sebagai SSPS
haruslah digunakan agar kewibawaan dapatan penyelidikan dapat ditingkatkan
lagi.
5.5 RUMUSAN
Pemilihan aliran yang
betul sewaktu di tingkatan 6 penting untuk memastikan masa hadapan para pelajar
terjamin sekaligus dapat melahirkan para pelajar yang setanding dengan pelajar
-pelajar yang melanjutkan pelajarannya di peringkat antarabangsa . Dalam
perkembangan berkaitan ,para pelajar haruslah menentukan masa hadapan mereka
supaya mereka masa depan mereka terjamin disamping memperolehi matlamat yang
jelasdengan memilih aliran yang sesuai
untuk mereka. Pemilihan aliran yang sesuai untuk mereka amat penting untuk menjadi penentu keberkesanan untuk memilih
kerjaya selepas menamatkan pengajiannya di peringkat STPM. Walaupun tidak
menyeluruh ,hasil daripada penyelidikan ini sekurang -kurangnya dapat mmemberi
gambaran awal untuk memberi pendedahan awal terhadap aliran-aliran yang sesuai
untuk mereka. Hasil analisa dapatan penyelidikan ini juga boleh digunakan oleh pihak -pihak tertentu untuk membuat
perancangan yang lebih komprehensif agar penyelidikan dapat dipertingkatkan
dengan jayanya .
BAB 6
BIBILIOGRAFI
Bibiliografi
LAMPIRAN
Borang Soal Selidik Mengenai Sebab-Sebab
Pelajar Menukar Aliran semasa di Ting.6
Bahagian 1:- MAKLUMAT
DEMOGRAFI
Sila respon kepada
semua item dengan menanda pada kurungan yang berkaitan.
1.Umur :-
2.Jantina: Lelaki
( ) Perempuan( )
3.Bangsa:Melayu( )
India( ) Cina(
) Lain-lain( )
4.Tempat
tinggal:Bandar( ) Luar Bandar( )
5.Adakah anda sedang
menuntut di Tingkatan 6? Ya( )
Tidak( )
Bahagian 2:-
SEBAB-SEBAB PELAJAR MENUKAR ALIRAN TING.6
Selepas membaca semua
pernyataan,sila tandakan jawapan pada ruangan yang sediakn.
1.Adakah anda memilih
untuk memasuki aliran sains sejak dari tingkatan 4?
YA( ) TIDAK(
)
2.Adakah anda mendapat
keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) yang kurang memuaskan?
YA( )
TIDAK( )
3.Adakah anda tidak
mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di IPTA/IPTS dan sebagainya?
YA( ) TIDAK(
)
4.Adakah anda
berpendapat aliran kemanusian lebih mudah daripada aliran sains untuk
dipelajari?
YA( )
TIDAK( )
5.Adakah anda lebih
berminat untuk mempelajari mata pelajaran aliran kemanusian daripada aliran
sains?
YA( )
TIDAK( )
6.Adakah ibubapa anda menyuruh
anda mengambil aliran kemanusian di tingkatan 6?
YA( )
TIDAK( )
7.Adakah anda memilih
aliran kemanusian kerana tidak mempunyai pilihan yang lain?
YA( )
TIDAK( )